Monday, January 25

TIPS MENJADI RAJIN


Tips belajar hari ini ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
“Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..Hoho..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

jadi, untuk puteri2 Raja Zarina, Selamat beramal dengan tips belajar. Hoho…

untuk puteri2 Raja Zarina

Monday, January 18

cikgu dah ada kat sekolah..yea yea


salam sejahtera kpd pelajar2 cikgu.ari ni merupakan ari kedua cikgu ada kat sekolah ni.tapi tak ramai students pun yang kenal cikgu.kenapa ek?kompius yer??erm...untuk pengetahuan pelajar2 cikgu sume, sekarang ni cikgu ada di bilik kaunseling..berada di sini rasa gembira la jugak sebab cikgu-cikgu semuanya baik.students pun cikgu tengok ok, cuma kita masih belum sempat berama mesra kan..hehe..ok cikgu lapar la pulak.jom kita makan kat kantin nak?

Sunday, January 10

Cikgu Tak Leh Nak Tido

Salam semua kpd students cikgu dan jugak pembaca yg lain. Ketika dan saat ini, jam sudah menunjukkan pukul 3.32 pagi. Bunyi kipas yang bising ni mengganggu lenaku. Tak tahu la kenapa, macam2 yang bermain di kepala ni terutama 14 minggu yang bakal kutempuhi nanti. Kepada semua students cikgu, cikgu harapkan awak semua tolong cikgu ek. Tolong cikgu untuk jayakan praktikum cikgu nanti. Sememangnya kejayaan itu datang dari Tuhan dan diri cikgu juga tapi tanpa kalian, cikgu tak mungkin buat yang terbaik. Tunggu cikgu datang ea..Insyaallah, we can be a good friends