Wednesday, November 25

Bintang Kejayaan


Di bawah ini ialah satu lagi kata-kata yang membuat saya tersenyum :

“When its dark enough, you can see the STARS” – Charles A Board

Ayat ini mudah, tapi maksudnya mendalam. Ketika saya menaip entri ini, sememangnya hari sudah larut malam. Saya memandang ke luar jendela saya, dan untuk pengetahuan anda, saya tidak nampak bintang!

Tapi izinkan saya memberikan satu lagi perbandingan bintang yang mudah. Pernahkah anda melihat bilik yang anda pasangkan bintang di dindingnya? YA! Bintang yang ‘glow in the dark’! Tahukah anda, jika anda lekat bintang ini (pelekat) pada dinding bilik tidur anda, dan anda lihat pada siang hari. Seumpama tidak ada apa-apa. TETAPI! Pada malam hari, bila anda memadamkan semua lampu. Bintang ini akan timbul dan kelihatan seperti bintang di dada langit. Lihatlah gambar di bawah ini



Nampak? Anda perlukan kegelapan, untuk tunggu bintang ini kelihatan. Di waktu siang, anda tidak akan nampak ia

Begitulah kehidupan ini. Hanya selepas semua ‘kelam’ dan ‘gelap’ (dugaan dan ujian), barulah anda akan nampak akan hikmah kejadian. Sesuatu yang istimewa itu biasanya muncul, selepas kesusahan yang perlu kita alami terlebih dahulu.

Jadi sahabatku, apabila kita sedang menempuhi ujian dalam hidup.. Nikmati ujian itu, dan sabar. InsyaALLAH akan ada ‘bintang’ yang akan anda nampak selepas itu Renungkan

Salam Kejayaan!

1 comment: